Skip to main content

Bola Sepak

Perpindahan kedua Liga Super: Kelantan TRW serik dengan ejen pemain, pilih proses lebih teliti

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Liga Super

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kelantan The Real Warriors (TRW), Datuk Irwan Rizal, memberi bayangan bakal melakukan rombakan dalam pasukannya menjelang jendela perpindahan kedua Liga Malaysia yang akan kembali dibuka bermula Isnin ini.

Ujarnya, sesi pemilihan pemain baru telah dilaksanakan sejak November lalu, di bawah kendalian pengendali, Akmal Rizal Ahmad Rakhli, demi memastikan hanya yang berkualiti akan menyarung jersi Kelantan TRW.

Advertisement

Irwan turut berharap agar pasukannya dapat tampil lebih garang dalam baki pusingan kedua dalam usaha mendaki carta kedudukan Liga Super.

Untuk rekod, selepas mengharungi 13 perlawanan Liga Super, Kelantan TRW telah mencatatkan tiga kemenangan, dua seri serta lapan kali tewas dengan 11 kutipan mata.

"Kami telah mengadakan beberapa sesi pemilihan pemain.

"Kami sudah serik dengan pemain yang ejen perkenalkan, kali ini kami proses melakukan yang lebih teliti," katanya. 

Dengan kemampuan kewangan, pasukan, set kejurulatihan, pegawai, pengurusan ada kelemahan tapi kami cuba perbaiki.

"Kami cuba melangkah sejauh mungkin dalam Piala Malaysia.

"Kalau kami dapat tamatkan riwayat dalam Liga Super musim ini di posisi pertengahan, Alhamdulillah," katanya. 

Topik Berkaitan

Must Watch Video