Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

Pernah rebah mengejut akibat serangan jatung, Bove kembali beraksi selepas 15 bulan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

wat

Pemain tengah Watford, Edoardo Bove, yang sebelum ini pernah rebah secara mengejut ketika beraksi di atas padang akibat serangan jantung kembali diberian kepercayaan selepas tempoh 15 bulan.

Dia masuk sebagai pemain gantian pada minit ke-86 menggantikan Imran Louza untuk membantu Watford mengikat Preston 2-2 dalam saingan Liga Kejuaraan 2025/26 semalam.

Advertisement

 

 

 

Terdahulu, Bove rebah rebah secara tiba-tiba di atas padang ketika pertembungan Serie A pasukannya berdepan Inter Milan hingga menyebabkan perlawanan itu terpaksa dihentikan serta-merta di Stadium Artemio Franchi pada awal Disember 2024.

Bove jatuh setelah bangun daripada mengikat tali kasutnya pada minit ke-16 sekali gus mencetuskan situasi cemas buat kedua-dua pasukan untuk meminta pertolongan kakitangan perubatan sebelum dikejarkan ke Hospital.

Selamat kembali Bove!

 

 

 

Must Watch Video