Skip to main content

Bola Sepak

Perlawanan Sumbangsih: Bukan mudah untuk jawab soalan anda, sedikit sensitif juga -- Aidil Sharin

aidil sharin sahak

Ketua jurulatih Kuching City, Aidil Sharin Sahak, tetap percaya dengan kekuatan pasukannya menjelang perlawanan Sumbangsih bertemu Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri malam esok.

Meskipun beberapa pemain yang berstatus pinjaman daripada Harimau Selatan dijangka tidak dibenarkan beraksi, Aidil Sharin sudah ada bayangan skuad lengkap yang akan diturunkan.

Selain Safawi Rasid, Nazmi Faiz Mansor dan Ajdin Mujagic, difahamkan adik-beradik, Ryan dan Declan Lambert, yang menyertai The Cats musim ini, turut berstatus pemain pinjaman daripada JDT.

"Saya tidak mahu bercakap mengenai pemain pinjaman kerana kami sudah ada pasukan dan saya fikir ia bukan sesuatu yang mudah untuk menjawab soalan anda dan ia sedikit sensitif juga," katanya seperti dilaporkan wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam.

"Kami akan melihat siapa yang terbaik dan bersedia untuk perlawanan ini kerana seperti yang saya katakan, pemain baru masih menyesuaikan diri dan ketika mereka datang juga, ada yang mengalami kecederaan.

"Perkara terpenting untuk perlawanan esok ialah untuk melihat siapa yang cergas dan siapa yang bersedia.

"Saya rasa kami tidak melakukan banyak perubahan kerana sembilan pemain baharu dan enam pemain yang kami pinjam daripada JDT sedang mencuba menyesuaikan diri dengan sistem kami dan sudah pasti kami mahukan yang terbaik dan melihat siapa yang bersedia.

"Kerana ia adalah perlawanan pertama kami dan ia amat penting buat kedua-dua pasukan, jadi sudah pasti kedua-dua pasukan akan bersedia sebaik mungkin untuk perlawanan esok."

 

Anda mungkin berminat dengan

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Must Watch Video

Advertisement