Skip to main content

Bola Sepak

Perlawanan batal: Saya percaya MFL bersikap adil berdasarkan fakta -- CEO Negeri Sembilan

Faliq

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Negeri Sembilan, Faliq Firdaus Muhammad Rom, menyerahkan sepenuhnya keputusan kepada Liga Bolasepak Malaysia (MFL) bagi menentukan keputusan susulan perlawanan minggu pertama Liga Super membabitkan tuan rumah menentang Kuala Lumpur (KL) City tidak dapat dilangsungkan semalam.

Dalam masa sama, Faliq turut berharap supaya hasil keputusan tersebut bersifat positif bagi memihak kepada pasukannya selepas mengemukakan bantahan rasmi kepada badan induk itu.

"Perkara ini sangat saat akhir.

"Ini adalah sebahagian daripada bola sepak. Apa kelab boleh buat adalah menyampaikan bantahan.

"MFL sudah sedia maklum dengan bantahan tersebut dan MFL akan membawa perkara ini ke peringkat Ahli Lembaga Pengarah MFL untuk membuat keputusan mengenai status perlawanan itu dalam masa terdekat.

"Saya percaya MFL akan bersikap adil berdasarkan fakta-fakta yang kami sudah kemukakan.

"Saya menanti sesuatu keputusan yang positif untuk Negeri Sembilan.

"Pada pandangan saya, setiap perkara yang terjadi ada dalam manual Liga Malaysia (Liga-M).

"Semuanya boleh dirujuk di sana.

"Seharusnya perkara ini boleh dielakkan. Jika ada kelompongan daripada sudut peraturan, ia boleh ditambah baik.

"Cumanya, apa yang terjadi ini tidak seharusnya terjadi kepada mana-mana pasukan.

"Kerana, pada pukul 10 pagi (semalam) dalam mesyuarat koordinasi perlawanan tidak membangkitkan apa-apa perkara berkenaan influenza.

"Sedikit tertekan tapi saya percaya kepada MFL untuk meneliti fakta-faktanya.

Skuad Jang pada Sabtu turut mengeluarkan kenyataan menuntut supaya kemenangan percuma diberikan.

MFL akan membawa perkara ini ke peringkat Ahli Lembaga Pengarah MFL untuk membuat keputusan mengenai status perlawanan itu dalam masa terdekat.
 

Anda mungkin berminat dengan

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Must Watch Video