Skip to main content

Bola Sepak

Perjumpaan selepas 13 tahun paling bermakna buat Matheus-Neymar

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

d

Kita imbas kembali situasi pada tahun 2012 apabila viral di media sosial clip meibatkan Neymar dan Matheus — Matheus ketika itu hanya la anak kecil yang sedang bertarung dengan penyakit leukimia mencuri perhatian dunia bola sepak apabila Neymar mendedikasikan sstu jaringan gol khas buatnya sebagai simbol menyokong dan juga harapan buat sang kecil itu melawan penyakitnya.

Sebelum perlawanan Neymar berjanji jika dia mampu melakukan jaringan, satu gerak tari seperti permintaan Matheus akan dilakukan di atas padang. Dan tindakan spontan tersebut berlaku, momen Neymar dan rakan sepasukannya menari tular dan menyentuh hati ramai peminat bola sepak antarabangsa. 

Advertisement

Tahun demi tahun berlalu, dan kisah mereka akhirnya lengkap sebagai sebuah perjalanan penuh makna. Siapa sangka pada tahun 2025, Matheus berusia 19 tahun dan bebas daripada penyakitnya. Matheus berpeluang bertemu semula dengan Neymar, bukan lagi sebagai pesakit kecil yang lemah, tetapi sebagai seorang remaja yang sihat, ceria dan kuat. 

 

 

 

 

 

Pertemuan semula itu jelas penuh emosi, terutama apabila mereka mengulangi tarian yang pernah menjadi simbol kekuatan suatu ketika dahulu bersama dengan Matheus kelihatan sihat berbanding 13 tahun lalu.

Cerita ini jadi saksi bahawa satu tindakan kecil mampu memberi kesan positif dan besar. Ya, nampa macam cuma ‘a small gesture’ tetapi besar impaknya buat Matheus yang bertarung nyawa pada zaman kanak-kanaknya. Apa yang dilakukan Neymar bertahun lalu tinggalkan kenangan dan inspirasi yang kekal dalam hati Matheus.


 

Topik Berkaitan

Must Watch Video