Skip to main content

Sukan Lain

Perjalanan yang berliku -- Wan Jian dinobat juara keseluruhan kelas Sporting TGR 2025

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

gdsagsdf

Disebalik wajah tenang dan penampilan sederhana, siapa sangka Hii Wan Jian memiliki karakter berbeza di litar sehingga berjaya mencipta penanda aras baharu dalam karier sukan permotoran empat roda.

Ini susulan pencapaian cemerlangnya apabila Wan Jian bakal melangkah ke kategori utama, kelas Super Sporting, pada musim hadapan selepas muncul juara kelas Sporting Toyota Gazoo Racing 2025.

Advertisement

Pemandu berusia 23 tahun itu baru sahaja meninggalkan kategori Rookie, namun berjaya mengekalkan tahap kelajuan dan impak maksimum pada musim pertamanya dalam kelas Sporting, yang juga merupakan edisi kelapan saingan tersebut.

Peningkatan drastik ditampilkan Wan Jian menjadi bukti keseriusannya dalam menempa nama serta mengibarkan bendera Malaysia di pentas permotoran.

Meskipun hanya menamatkan perlumbaan pusingan terakhir di tempat keempat, Wan Jian tetap sah sebagai juara keseluruhan kelas Sporting 2025, menamatkan musim dengan pencapaian cemerlang pada tahun pertamanya dalam kategori itu.

"Perjalanan yang berliku buat saya kerana kembali dalam kancah permotoran, tetapi saya sangat gembira apabila mampu meraih kejuaraan untuk pasukan.

"Saya akan beralih ke kategori Super Sporting pada tahun hadapan dan ia akan jadi perjalanan yang mencabar namun, saya pasti akan berjuang sehabis baik." katanya.

Must Watch Video