Pengurus Arsenal, Mikel Arteta, berkongsikan keadaan terkini mengenai masalah kecederaan dalam pasukannya menjelang perlawanan Piala Perisai Komuniti berdepan Manchester City malam ini.
Antara pemain utama yang berpotensi diturunkan selepas pulih daripada masalah kecederaan adalah Bukayo Saka, Declan Rice dan Martin Zubimendi.
Meskipun tidak menyertai aksi pramusim sebelum ini, Arteta berkongsikan:"Mereka akan tersedia, mereka berlatih bersama pasukan hari ini (semalam), mereka akan berlatih esok dan jika mereka berada dalam keadaan seperti yang kami jangkakan, mereka akan turut serta." katanya.
Declan Rice ✅
Martin Zubimendi ✅
Bukayo Saka ✅
William Saliba ❌
Jurrien Timber ❌
Mikel Arteta has issued an update on Arsenal's 5️⃣ stars who missed pre-season ahead of facing Man City in the Community Shieldhttps://t.co/hFdyP11xka pic.twitter.com/Es5MmEvapE— Mirror Football (@MirrorFootball) August 14, 2026
Sementara itu, dua benteng pertahanan iaitu Jurrien Timber dan William Saliba menempuhi nasib berbeza apabila masih lagi belum pulih sepenuhnya.
Timber sebelum ini bergelut dengan masalah di pangkal peha, manakala Saliba pula cedera di bahagian belakang badan.
Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan pertarungan epik itu di saluran Astro Premier League malam ini!