Temasya SUKMA edisi Selangor disahkan tetap diteruskan selepas mendapat perkenan Sultan Sharafuddin Idris Shah, namun dengan syarat penganjurannya dilaksanakan secara lebih berhemah dan berfokus kepada penjimatan kos.
Susulan itu, Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan Selangor, Najwan Halimi, memaklumkan bahawa pihaknya akan menghadap Tuanku Sultan pada hari Rabu bagi membentangkan pelan penjimatan yang dirangka untuk memastikan penganjuran temasya berjalan lancar tanpa pembaziran.
Advertisement
Menurutnya lagi, pendekatan baharu ini akan memberi penekanan kepada kecekapan perbelanjaan, penggunaan fasiliti sedia ada serta pengurusan sumber yang lebih optimum, sejajar dengan titah Tuanku agar SUKMA dianjurkan dalam skala lebih sederhana tetapi tetap berkualiti.
"Kami akan menghadap Tuanku Sultan pada rabu untuk perincikan penjimatan SUKMA"
Reaksi YB Najwan susulan pengumuman SUKMA Selangor sah akan diteruskan 🔥
More on @ASTROARENA pic.twitter.com/G583YSvc4K— Kamal Nizam (@kamalnizamm) April 27, 2026
“Baginda menasihatkan supaya kos perbelanjaan dikurangkan dan pengurusan acara dilaksanakan secara berhemat.
“Insya-Allah, pada Rabu ini saya bersama Menteri Belia dan Sukan Dr Mohammed Taufiq Johari akan menghadap Sultan Selangor untuk mempersembahkan perkembangan persiapan serta perincian kos penganjuran SUKMA,” katanya pada sidang media di Bangunan Annex Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini.
“Fokus utama adalah memastikan SUKMA terus menjadi platform pembangunan atlet muda negara.
“Pada masa sama, kos penganjuran termasuk majlis perasmian dan penutupan akan diselaraskan dengan teliti bagi mengelakkan pembaziran,” katanya.