Skip to main content

Bola Sepak

Perebutan slot suku akhir Liga Bola Sepak Piala Menteri Pendidikan B-14 masih terbuka!

ds

Lapan perlawanan Liga Bola Sepak Piala Menteri Pendidikan Malaysia Bawah 14 Tahun 2026 dengan rakan strategik 100PLUS berlangsung pada Sabtu menyaksikan saingan sengit untuk mengesahkan tempat ke peringkat suku akhir.

Aksi Kumpulan A, SMK Mutiara Impian yang terus mempamerkan konsistensi apabila menewaskan SMK Tabuan Jaya 3-1. Gol disumbang Muhd Habib Muslim Muhd Zaki, Muhd Safwan Salihin Thalhah dan Muhd Qayyum Qadri Tarmizi manakala gol Tunggal SMK Tabuan Jaya dijaringkan Kelvin Luis Lajah.

Kemenangan itu memastikan skuad kendalian Muhd Faqhri Sobri dikedudukan teratas Kumpulan A dengan 10 mata selepas empat perlawanan.

“ Walaupun menang dengan satu gol, saya tetap hargai kerana liga kali ini kita perlukan perbezaan mata yang banyak. Kami perlu menjadi juara kumpulan untuk mengelak  daripada bertemu juara kumpulan lain,”kata Muhd Faqhri

Dibelakang SMK Mutiara Impian, SMK Shah Alam yang dibezakan satu mata selepas membelasah SMK Mergong 5-0, sekali gus mencatat kemenangan ketiga berturut-turut dalam saingan kumpulan.

Sementara itu, SMK Tunku Anum Tunku Abdul Rahman kembali ke landasan kemenangan selepas menewaskan SMK Syed Hassan 1-0 untuk berada dikedudukan keempat dengan empat mata sementara SMK Gunung Rapat berada di tangga ketiga dengan enam mata.

Dalam Kumpulan B, SMK Seri Titiwangsa mempamerkan aksi dominan apabila membelasah SMK Mutiara 6-0 untuk mencatat kemenangan 100 peratus selepas dua perlawanan.

Keputusan itu mengukuhkan kedudukan skuad kendalian Amir Ikhmal Zuhaimi di persada kumpulan dengan enam mata.

“Kemenangan ini memberi lebih peluang kepada kami untuk mara ke suku akhir. Apa yang kami buat adalah meningkatkan lagi keupayaan untuk menyerang bagi menambah jumlah gol kerana JDT (SMK Taman Desa Skudai B14 B) menang ke atas SMK Mutiara dengan jaringan yang besar.

“Justeru kami perlu mencari kemenangan pada baki dua perlawanan,”kata Amir Ikhmal.

Sementara itu, SMK Seksyen 11 kembali menghidupkan peluang untuk ke suku akhir apabila menewaskan SMK Putrajaya Presint 8(1) 3-0 sekaligus berkongsi tiga mata dengan  SMK Taman Desa Skudai B14 B yang kurang satu perlawanan.

Persaingan Kumpulan C pula menyaksikan hanya satu perlawanan berlangsung apabila SMK Seri Kota terikat 1-1 dengan SMK Datuk Peter Mojuntin.

Keputusan seri itu membolehkan SMK Seri Kota menambah satu mata berharga untuk berkongsi enam mata dengan dan SSTMI dan pendahulu carta, SMK Taman Desa Skudai dibezakan menerusi jumlah jaringan gol.

Dalam Kumpulan D, dua perlawanan berakhir tanpa pemenang apabila SMK Kampong Chengal seri 1-1 dengan SMK Seberang Temerloh, manakala SMK Ibrahim Fikri turut mencatat keputusan 1-1 ketika menentang SMK Putera.

Keputusan itu menyaksikan Akademi Mokhtar Dahari B14 kekal menerajui Kumpulan D dengan enam mata, diikuti SMK Bukit Nenas yang turut mengumpul enam mata.

SMK Putera dan SMK Ibrahim Fikri kini berkongsi empat mata, sekali gus menjadikan persaingan merebut dua kedudukan teratas kumpulan semakin menarik.

 

 

Keputusan Perlawanan Minggu ke-4

 

Kumpulan A

SMK Mergong 0–5 SMK Shah Alam
SMK Tunku Anum Tunku Abdul Rahman 1–0 SMK Syed Hassan
SMK Mutiara Impian 3–1 SMK Tabuan Jaya
 

Kumpulan B

SMK Seksyen 11 3–0 SMK Putrajaya Presint 8(1)
SMK Seri Titiwangsa 6–0 SMK Mutiara
 

Kumpulan C

SMK Seri Kota 1–1 SMK Datuk Peter Mojuntin
 

Kumpulan D

SMK Kampong Chengal 1–1 SMK Seberang Temerloh
SMK Ibrahim Fikri 1–1 SMK Putera

Anda mungkin berminat dengan

Garmin Forerunner 70 / Forerunner 170 GPS Running Smartwatch

Garmin Forerunner 70 / Forerunner 170 GPS Running Smartwatch

Shokz OPENRUN PRO 2 Open-Ear Bone Conduction Sport Headphones | Noise Cancelling | IP55 Waterproof | Superior Sound

Shokz OPENRUN PRO 2 Open-Ear Bone Conduction Sport Headphones | Noise Cancelling | IP55 Waterproof | Superior Sound

adidas Football AFA ARGENTINA SHOE BAG Unisex Blue KE7102

adidas Football AFA ARGENTINA SHOE BAG Unisex Blue KE7102

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

Nike Men's Mercurial Vapor 17 Pro Firm-Ground Low-Top Soccer Cleats - Multi-Color [IO8225-900]

Nike Men's Mercurial Vapor 17 Pro Firm-Ground Low-Top Soccer Cleats - Multi-Color [IO8225-900]

Must Watch Video