Skip to main content

Bola Sepak

Perebutan naib juara Liga Super: Saingan sihat sebeginilah diperlukan! -- Asmawi

fv

Pemerhati bola sepak negara, Asmawi Bakiri, menyifatkan situasi getir perebutan tempat kedua Liga Super yang juga menawarkan slot ke Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) musim hadapan bagi ia menambah kerancakkan buat semua peminat bola sepak negara.

Situasi itu menjadi lebih menarik berikutan Selangor mencatat keputusan seri ketika berdepan Sabah, manakala Kuching City mengatasi PDRM untuk kedua-dua pasukan itu berkongsi 43 mata dengan Kuching mempunyai kelebihan satu perlawanan di dalam tangan.

Advertisement

"Inilah sebenarnya saingan sihat di puncak menuju empat perlawanan terakhir.

"Sudah tentu saya pilih Kuching City yang lebih berpeluang kerana mereka mempunyai 12 mata lagi untuk direbut.

"(Meskipun) perjalanan baki perlawanan Selangor mudah tapi hanya sembilan mata untuk direbut.

"Kedudukan mereka akan ditentukan dalam dua perlawanan terakhir jadi saya dah nampak pasukan yang akan menduduki tangga kedua," kata mantan tonggak kebangsaan itu.

 

Topik Berkaitan

Must Watch Video