Skip to main content

Sukan Lain

Perbicaraan kes amang seksual juara dunia berlangsung penuh emosi di Glasgow

Snuker

Perbicaraan bekas juara dunia snuker, Graeme Dott, di Mahkamah Tinggi Glasgow atas dua pertuduhan berkaitan salah laku seksual terhadap seorang kanak-kanak lelaki (antara 1993 hingga 1996) dan seorang kanak-kanak perempuan (antara 2006 hingga 2010) berlangsung dalam suasana yang penuh emosi pada Selasa.

Perkongsian saksi utama yang merupakan seorang wanita mencuri tumpuan apabila menceritakan secara jelas bagaimana percabulan itu berlaku keatas dirinya yang ketika itu berusia sembilan atau sepuluh tahun.

Dalam kejadian di sebuah rumah di Glasgow itu, Dott didakwa menawarkan diri untuk mendukung kanak-kanak perempuan itu secara piggy-back dan membawanya ke bahagian bawah rumah.

Dott didakwa mula membelai bahagian belakang badannya dan mula bertanyakan soalan yang pelik seperti "adakah itu terasa enak" atau seumpama dengannya.
Saksi kemudiannya menceritakan satu kejadian yang mampu mengundang trauma kepada mana-mana mangsa.

Dott mengajak saksi untuk bermain teka-teki serta menyarankannya untuk menanggalkan pakaian dan menunjukkan kemaluannya.

Saksi turut menjelaskan secara terperinci bahawa Dott telah menyelak baju yang dipakainya dan mula mencium bahagian perutnya.

Dott kemudiannya didakwa menyentuhnya dengan cara yang tidak wajar dan perbuatan tersebut telah pun berlaku beberapa kali.

Apabila ditanya sama ada saksi pernah memberitahu sesiapa mengenai apa yang berlaku ketika itu, dia menyatakan tidak kerana Dott melarangnya untuk berbuat demikian.

Insiden hitam itu hanya dikongsikan kepada seorang rakannya beberapa tahun kemudian namun perkongsian secara terperinci hanya dibuat bersama seorang guru pada Januari 2001.

Saksi turut memberitahu mahkamah bahawa kes tersebut mendapat maklumannya apabila pegawai polis hadir ke kediamannya pada 2024.

Dott merupakan antara legenda snuker yang memenangi kejuaraan dunia pada 2006 dan tuduhan berat yang dialaminya itu telah memaksa Persatuan Billiard dan Snuker Professional Dunia (WPBSA) untuk menggantung Dott daripada sebarang aktiviti berkaitan sukan snuker sehingga kes tersebut selesai dibicarakan.

Anda mungkin berminat dengan

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Must Watch Video