Skip to main content

Sukan SEA

Perasmian Sukan SEA Thailand 2025: Kita semua ternanti-nanti busana bakal dipakai kontinjen negara

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Nurul Huda

Busana perarakan yang bakal dipakai kontinjen Malaysia antara perkara utama yang menjadi perhatian menjelang majlis pembukaan rasmi Sukan SEA Thailand 2025 di Stadium Nasional Rajamangala, Bangkok malam ini.

Beberapa faktor menjadi keutamaan pemakaian atlet negara sebelum memasuki perarakan berkenaan.

Advertisement

Seperti kebiasaan, jangkaan baju tradisional bermotifkan batik Malaysia masih kekal sebagai pilihan tetapi daripada segi pemilihan warna, ia mungkin diselaraskan dengan situasi Kerajaan Thailand, yang masih dalam suasana berkabung atas kemangkatan Ratu Sirikit Kitiyakara pada 24 Oktober lalu.

CDM kontinjen negara, Nurul Huda Abdullah, berkata kepada wartawan Astro Arena, Fina Nasrom: "Ia akan menjadi satu kejutan tetapi apa yang boleh saya katakan, kami telah mengambil kira keadaan negara tuan rumah yang masih dalam tempoh berkabung.

"Kami berada dalam keadaan memahami tetapi sudah pasti ia bukan sahaja akan mencerminkan identiti Malaysia tetapi juga warna pasukan Malaysia."

Perarakan kontinjen Malaysia akan terdiri daripada barisan atlet dan pegawai dengan bilangan hampir 100 orang, diketuai pembawa bendera, iaitu atlet lompat kijang, Andre Anura Anuar, dan ratu luncur air, Aaliyah Yoong Hanifah.

 

Must Watch Video