Skip to main content

Bola Sepak

Perang Israel-Iran: Piala Dunia bergolak

Iran

Piala Dunia 2026 dijangka menjadi kejohanan paling 'bermasalah' ekoran pelbagai konflik terjadi kurang lebih tiga bulan sebelum ia bermula secara rasmi pada Jun ini.

Dengan kekecohan berlaku di Mexico baru-baru ini akibat pertempuran gangster kartel, sebagai salah satu tuan rumah, ia pasti menimbulkan persoalan tentang keselamatan dan jaminan ketenteraman pemain dan penyokong.

Advertisement

Dan, terbaru serangan negara haram, Israel, ke atas Iran sekali lagi mengakibatkan keamanan tergugat.

Lebih mencuri perhatian, difahamkan Israel melancarkan perang dengan bantuan Amerika Syarikat (AS), kata seorang pegawai AS kepada Al Jazeera.

Ia, sekali gus mempersoal kredibiliti AS selaku tuan rumah utama Piala Dunia yang bersikap diskriminasi terhadap Iran serta musuh-musuh yang lain.

Daripada sudut pemerhatian sukan, Iran belum mengumumkan sebarang kata putus tentang penyertaan mereka dalam Piala Dunia tahun ini. Meskipun berjaya mara secara merit dan mahu mencipta sejarah, Iran di persimpangan dilema selepas nyawa wajib menjadi keutamaan.

Walaupun terdapat kebimbangan awal mengenai ketegangan geopolitik dan larangan perjalanan, para pegawai mengesahkan pada akhir tahun 2025 bahawa pasukan dan kakitangan akan menerima pengecualian khas untuk bertanding dalam kejohanan yang dianjurkan di seluruh AS, Kanada dan Mexico.

Apakah nasib Iran? Adakah AS akan melancarkan sekatan terhadap Iran? 

Must Watch Video