Skip to main content

Badminton

Perancis sudah buktikan, pemain negara juga harus begitu, kata Lee Chong Wei

sss

"Ikut dasar pandang Eropah"

Demikian saranan Datuk Seri Lee Chong Wei yang senada dengan apa yang disuarakan jurulatih perseorangan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Kenneth Jonassen, mengenai keperluan belajar dan mengadaptasi semangat luar biasa serta disiplin pemain Perancis yang tidak gentar bertemu mana-mana pemain, termasuk miliki mental sangat kuat ketika berdepan lawan.

Menurutnya, tiada siapa menjangkakan negara Perancis mampu membawa pulang dua gelaran daripada Kejohanan Badminton Dunia.

Namun, itu yang terjadi dan memperlihatkan sesuatu yang perlu dicontohi pemain negara untuk menghadamkan sejenak formula yang dibawa negara Eropah tersebut.

"Dulu orang tak percaya Perancis boleh menang kejuaraan dunia berganda dan mereka telah buktikan.

"Kita juga boleh buktikan juga, kena perbaiki diri sendiri juga dan kena tengok masa depan.

"Inilah kemahuan, asyik mahu menang. Pemain negara ada (faktor itu) tapi kurang jadi kami akan akan bantu pemain," katanya.

Ia juga merupakan mesej jelas kepada Leong Jun Hao untuk bangkit segera kerana sudah tidak mempunyai banyak masa lagi, dan Sukan Olimpik Los Angeles 2028 berkemungkinan menjadi medan terakhir pemain tersebut.

"Jun Hao adalah perseorangan lelaki utama negara.

"Tapi dia telah menunjukkan peningkatan, sudah tukar sikapnya.

"Dia sudah tahu keperluan dan kemahuannya.

"Dia bukan lagi pemain berusia 18 tahun, dia kini berumur 28 tahun.

"Dia tidak punya banyak masa lagi, dia kena tahu keperluannya," katanya.
 

Anda mungkin berminat dengan

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Must Watch Video

Advertisement