Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Bola Sepak

Penyokong sentiasa berada dengan pasukan -- CEO Selangor

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Johan

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Selangor, Dr. Johan Kamal Hamidon, terus menyeru peminat setia memberikan sokongan kepada pasukan terutamanya apabila beraksi di tempat sendiri.

Gergasi Merah mencatat persembahan terbaik apabila menepati sasaran mara ke separuh akhir Kejohanan Kelab ASEAN (ACC) Piala Shopee 2025/26 selepas muncul naib juara Kumpulan B.

Advertisement

Mereka akan bertemu gergasi Vietnam, Nam Dinh, secara timbal balik bagi perebutan ke final kejohanan serantau edisi kedua itu musim ini.

"Harapan kami sudah tentu di Selangor mempercayai penyokong-penyokong Selangor sentiasa berada dengan pasukan.

"Kami berharap sokongan ini berterusan dan berharap semakin ramai yang datang ke stadium memberikan sokongan kepada para pemain yang berjuang di atas padang," katanya di Nadi Arena.

Kelab Liga Super itu akan berkunjung ke Stadium Tunku Abdul Rahman, Paroi untuk bertemu Negeri Sembilan bagi menghadapi perlawanan suku akhir pertama Piala Malaysia, hujung minggu ini.

Terdahulu, Johan berkongsi sasaran Selangor dalam Piala Malaysia adalah untuk layak ke final.

Must Watch Video