Rata-rata penyokong bola sepak tempatan membaling tanda tanya membabitkan insiden dihujung perlawanan yang tidak melibatkan bantuan Video Bantuan Pengadil (VAR) membabitkan perlawanan Selangor dan Kuching City di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, malam tadi.
Dalam insiden penuh kontroversi itu melibatkan penjaga gawang Kuching City, Haziq Nadzli, bersama dua pemain Selangor iaitu Chrigor Moraes dan Vítor Pernambuco dalam kotak penalti.
Advertisement
Begitupun, perlawanan itu berakhir dengan menyaksikan Selangor menang tipis hasil jaringan Chrigor pada minit ke-86 sekali gus meletakkan Selangor berada di kedudukan kedua Liga Super 2025/26 ketika ini dengan 35 mata selepas 17 perlawanan.
