Skip to main content

Sukan Lain

Penyertaan 200 sekolah dari lapan negeri raikan usaha Milo didik generasi muda lestari alam, kitar semula

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

MILO

Dalam Majlis Pengiktirafan Dan Penghargaan Milo dengan tema Tenaga Untuk Kebaikan, penyertaan lebih 200 sekolah dari lapan negeri diraikan dalam usaha mendidik generasi muda tentang kelestarian alam dan kitar semula.

Melalui inisiatif yang mula dilaksanakan penghujung tahun lalu, kotak minuman terpakai akan dikitar semula menjadi perabot dan peralatan sekolah, termasuk kemudahan sukan yang lebih praktikal.

Advertisement

Sekolah yang mengumpul kotak Milo (Suhu Ultra Tinggi) UHT paling banyak mengikut negeri turut dihargai dengan anugerah bernilai RM1000.

"Program ini lebih daripada sekadar 'tolong kitar semula', sekarang ini pelajar dan persekitaran di sekolah akan lihat sekiranya mengumpul kotak minuman terpakai maka akan dapat menebus barang keperluan sekolah.

 

 

"Ia seperti kerusi, meja, meja ping-pong dan peralatan larian. Kami akan lebih daripada lapan negari dan akan meneroki 200 sekolah dalam masa setahun." katanya.

Dalam pada itu, Puteri Marsya Darwisya menjadi salah seorang atlet muda yang kian meningkat-naik hasil kemudahan asas sukan yang disediakan Milo kepada sekolahnya iaitu Sekolah Kebangsaan Durian urung, Kuala Terengganu.

"Saya berlari 200m, 4x100m dan 4x200m, terima kasih Milo kerana menyumbangkan barangan serta membantu saya berlatih bersama kawan-kawan saya." ujarnya.

Must Watch Video