Temasya Sukan Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 secara rasminya dibuka dengan sebanyak 469 acara pingat daripada 43 sukan yang dipertandingkan bermula 19 September hingga 4 Oktober 2026.
Atlet wushu negara, Tan Cheong Min bersama jaguh pecut negara, Mohammad Azeem Fahmi, --pemenang gangsa Sukan Asia Hangzhou 2022 serta pemegang rekod kebangsaan 100m dengan catatan 10.09 saat-- diberikan kepercayaan membawa Jalur Gemilang pada upacara pembukaan rasmi Sukan Asia 2026 di Stadium Paloma Mizuho, sebentar tadi.
Malaysia menghantar seramai 352 atlet dan 185 pegawai untuk menyertai 30 daripada 43 jenis sukan yang dipertandingkan kali ini dengan sasaran sebanyak enam pingat emas dan 33 pingat secara keseluruhan.
Kontinjen Malaysia meriahkan Majlis Pembukaan Rasmi Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 dengan gaya tersendiri, tampil segak dalam persalinan batik di Stadium Paloma Mizuho, sebentar tadi.
Video: Astro Arena#AstroAudioNews#AsianGames#AichiNagoya2026#KitaSemuaTeamMAS pic.twitter.com/6Y253LRELwโ Astro Audio News (@AstroAudioNews) September 19, 2026
Untuk rekod, ini merupakan kali ketiga Jepun menjadi penganjur selepas edisi 1958 di Tokyo dan Hiroshima 1994.
Terdahulu, China menduduki tempat teratas dalam carta pingat Sukan Asia sejak โ1982. Di Hangzhou, tuan rumah memperoleh 201 pingat emas untuk memecahkan rekod. Jepun berada di tempat kedua dengan 52, diikuti oleh Korea Selatan dengan 42 emas.
๐ Tuan-tuan & puan-puan....
Kontinjen Malaysia di upacara pembukaan Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 ๐ฒ๐พ@ASTROARENA pic.twitter.com/4TwvZbin1aโ Fadhirul Shuhaimi (@FadhirulS) September 19, 2026
