Skip to main content

Bola Sepak

Penjenamaan semula pasukan Star City bersifat langkah strategik bina kelab lebih profesional

Penjenamaan semula pasukan Star City bersifat langkah strategik bina kelab lebih profesional

Ketua Pegawai Eksekutif Star City FC, Datuk Syed Mahadi Syed Hassan, menegaskan penjenamaan semula Imigresen FC kepada Star City FC merupakan langkah strategik bagi membina sebuah kelab bola sepak yang lebih profesional, moden dan berdaya saing dalam saingan Liga Malaysia.

Menurut beliau, penjenamaan baharu itu bukan sekadar pertukaran nama, sebaliknya mencerminkan fasa baharu pembangunan kelab yang kini menyasarkan standard lebih tinggi dari segi pengurusan, prestasi dan identiti pasukan.

Dengan membawa slogan rasmi “The Pride of the North”, Star City FC menyasarkan sokongan padu daripada penyokong di Kedah dan Perlis, selain memperkukuh asas sokongan sedia ada di peringkat nasional.

“Ini adalah permulaan kepada era baharu kelab. Kami mahu membina struktur yang lebih kukuh dan berdaya saing. Dengan kerjasama semua pihak, kami percaya Star City FC mampu mencipta impak dalam kancah Liga Malaysia,” katanya.

Datuk Syed Mahadi turut mengakui bahawa proses membina sebuah kelab bertaraf pencabar bukan tugas mudah, namun beliau optimis visi jangka panjang kelab itu mampu direalisasikan.

Dalam perkembangan sama, beliau turut menyambut baik pelantikan ketua jurulatih baharu, Mehmet Durakovic, yang disifatkan mampu memberi lonjakan prestasi kepada skuad tersebut menjelang musim baharu Liga Super.

Untuk rekod, pada musim lalu, pasukan berkenaan menamatkan saingan di tangga ketujuh Liga Super dengan 32 mata hasil sembilan kemenangan, lima seri dan 10 kekalahan.

Star City FC kini dijangka menjadi antara pasukan yang mencuri tumpuan dalam usaha membentuk identiti baharu serta memperkukuh cabaran mereka dalam saingan domestik akan datang.

Anda mungkin berminat dengan

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Related Topics

Must Watch Video