Skip to main content

Bola Sepak

Penjaga gol Palestin terbunuh di Gaza, isteri sedang sarat hamil anak sulung

Penjaga gol Palestin terbunuh di Gaza, isteri sedang sarat hamil anak sulung

Dunia bola sepak Palestin terus diselubungi kesedihan apabila penjaga gol Saleem Khader Al-Ashqar dilaporkan terbunuh di Gaza, menurut kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Persatuan Bola Sepak Palestin (PFA).

Saleem, 32, yang beraksi bersama kelab Khadamat Khan Younis, dilaporkan maut akibat tembakan tentera Israel di kawasan Al-Qarara, timur laut Khan Younis, awal minggu ini.

Pemergiannya menjadi lebih menyayat hati apabila difahamkan Saleem baru sahaja mendirikan rumah tangga kira-kira lima bulan lalu, manakala isterinya kini sedang hamil anak sulung mereka.

Dalam kenyataannya, PFA menyifatkan kehilangan Saleem sebagai satu lagi tamparan besar kepada komuniti sukan Palestin. Badan induk itu turut mendakwa lebih 1,000 atlet Palestin telah terkorban sejak konflik yang bermula pada Oktober 2023.

Ucapan takziah turut membanjiri media sosial daripada peminat serta komuniti bola sepak antarabangsa. Kelab Chile, Deportivo Palestino, antara yang menzahirkan rasa dukacita sambil menyeru keamanan dan keadilan susulan kematian penjaga gol berkenaan.

Pemergian Saleem sekali lagi mengingatkan dunia bahawa konflik berpanjangan di Gaza bukan sahaja meragut nyawa orang awam, malah turut memberi kesan besar kepada komuniti sukan negara itu.

Salam takziah kepada keluarga Saleem Al-Ashqar serta seluruh warga bola sepak Palestin. Semoga roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan insan yang dirahmati.

Sumber: en.haberler.com

Anda mungkin berminat dengan

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Must Watch Video