Skip to main content

Bola Sepak

Penjaga gol Malaysia berehat panjang akibat ACL

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Azurin

“I will come back stronger”

Penjaga gol kebangsaan, Nurul Azurin Mazlan, terpaksa berehat panjang akibat kecederaan anterior cruciate ligament (ACL) pada lutut kanannya.

Advertisement

Dia memaklumkan bakal berehat dalam tempoh sembilan bulan hingga setahun sebelum kembali beraksi secara kompetitif.

Bintang Sabah itu mengalami kecederaan itu ketika perlawanan terakhir Liga Wanita Nasional (LWN) 2025 menentang Selangor pada 28 Disember lalu.

"Saya baru selesai menjalani pembedahan. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.

"Saya akan memulakan proses pemulihan. Ia bukan mudah, tetapi tetap harus bangkit," katanya di Nadi Arena.

Azurin menjadi sebahagian daripada pasukan yang menjuarai kejohanan tersebut, sekali gus melayakkan Negeri di Bawah Bayu itu beraksi dalam Liga Juara-Juara AFC Wanita musim hadapan.
 

Must Watch Video