Skip to main content

Advertisement

Para ASEAN

Pengurus skuad berbasikal para negara akan dibawa pulang ke tanah air -- Rizal Tisin

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

rizal tisin

Ketua jurulatih skuad berbasikal para negara, Rizal Tisin, berkongsi mengenai perkembangan terbaru pengurus pasukan, Asri Abdul Mubin, yang diserang angin ahmar sewaktu Sukan Para ASEAN di Velodrom Korat pada Isnin lalu.

Menurutnya, Asri dijangka akan dibawa pulang dalam masa terdekat sebaik keadaannya stabil.

Advertisement

"Saya dapat tahu daripada Allianz semalam bahawa kita akan membawa pulang Encik Asri dari Korat ke Malaysia tetapi waktunya saya belum dapat kepastian," katanya kepada wartawan Astro Arena, Kamal Nizam.

"Sebelum kami berlepas balik semalam, keadaannya seperti sudah stabil, tekanan darahnya sudah turun, jadi sebab itulah doktor kata dia sudah boleh dibawa balik ke Malaysia."

Rizal berpendapat banyak perkara boleh dipelajari daripada situasi itu dan berharap semua pihak dapat mengambil iktibar daripada apa yang berlaku.

 

Must Watch Video