Kuala Lumpur (KL) City mengikat pemain baharu yang mewakili Afghanistan di peringkat antarabangsa, Fareed Sadat, bagi menghadapi saingan musim ini.
Fareed merupakan ejen bebas sejak berpisah dengan Bhayangkara FC di Indonesia pada Julai lalu.
Kelmarin, skuad Warga Kota mengumumkan ketibaan Dmytro Lytvyn untuk memperkuatkan benteng.
Skuad kendalian Dollah Salleh itu sempat berdepan isu Perintah Larangan Pendaftaran Pemain Antarabangsa pada awal musim ini hingga mengundang hukuman oleh Liga Bolasepak Malaysia (MFL).