Pemangku ketua jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe, perlu bersedia dengan sebarang kemungkinan termasuklah kehilangan pemain pada saat-saat akhir.
Terkini, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengesahkan enam tonggak dari Selangor sah tidak dapat menyertai kem kebangsaan berikutan kecederaan menjelang aksi persahabatan antarabangsa tier 1 menentang China dan Yaman.
Dia sentiasa menaruh kepercayaan penuh kepada kemampuan pasukannya sambil menggesa barisan pemain yang disenaraikan dapat membuktikan kemampuan masing-masing.
Atas faktor itu, dia telah menyediakan pelan B dengan segera memanggil lima pemain yang berada dalam senarai bersedia bagi menyertai pasukan berlepas ke China pada esok.
Sebagai jurulatih, saya perlu menyediakan beberapa pilihan sekiranya ada pemain yang mengalami kecederaan dan penggantungan.
"(Adalah) sebahagian tugasan kami untuk pastikan pasukan sentiasa bersedia untuk menghadapi mana-mana perlawanan.
"Kami sudah mempunyai senarai menunggu jika ada kecederaan (memandangkan) semalam ada perlawanan separuh akhir Piala FA.
"Saya masih posiitf dengan pemain yang akan dipanggil.
"Kami ingin meneruskan momentum terbaik dalam Piala ASEAN FIFA dan perlawanan menentang China dan Yaman penting sebagai persiapan kelayakan Piala Dunia dan Piala Asia pada tahun hadapan," katanya kepada pemberita.
Suhaimi Husin, Safwan Mazlan, Dominic Tan, Ariff Farhan Md Isa dan Syafiq Ahmad muncul lima pemain yang dipanggil memperkuatkan Harimau Malaya yang dijadual berdepan China pada 14 November sebelum menguji Yaman tiga hari kemudian -- dengan kedua-dua perlawanan berlangsung di Stadium Zhaoqing New District Sports Centre, Guangdong.