Penyerang The Speedy Tigers, Muhajir Abdul Rauf, menyedari cabaran yang bakal dihadapi memasuki bab baharu apabila baru sahaja mendirikan rumah tanga selepas melangsungkan perkahwinan pada akhir Disember lalu.
Muhajir yang juga menutup tahun 2025 dengan menggenggam sebuah Ijazah Sarjana Muda, berharap 2026 akan menjadi tahun yang penuh gemilang buat diri dan rakan sepasukan.
Advertisement
"Mungkin saya harus beradaptasi dengan perkara baru. Maksudnya harus ada situasi menang-menang apabila sudah berumah tangga.
"Untuk persiapan, diri sendiri sememangnya mahu bersaing dalam pasukan. Saya sudah maklumkan kepada semua sekiranya saya terpilih ke Australia," katanya.
Pesanan & harapan ketua jurulatih Speedy Tigers, Sarjit Singh buat Muhajir Abdu Rauf yang baru mendirikan rumah tangga bersama Nur Sahirah.
Penyerang negara itu dalam perancangan Sarjit ke Perth, Australia & kelayakan Piala Dunia 2026 di Ismailia, Mesir Mac hadapan.@ASTROARENA pic.twitter.com/1Jxo4RPpXT— karlnunis (@_karlnunis) January 4, 2026
Jika terpilih ke jelajah Australia, misi Muhajir pastinya mahu menambah bisa di hadapan gawang supaya dapat membantu pasukan dalam kempen Kelayakan Piala Dunia di Mesir awal Mac nanti.
"Saya mahu memperbaiki teknik, peluang menjaringkan gol dan sebagainya selaku penyerang.
"Harapan pasukan dan saya adalah mahu layak ke Piala Dunia," tambahnya.