Skip to main content

E-Sukan

Pengakhiran satu era, Todak Gaming tutup semua divisyen e-sukan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Todak

Todak Gaming dalam satu hantaran media sosial baru-baru ini mengumumkan bahawa kesemua divisyen e-sukan jenama tempatan itu kini ditutup.

Diasaskan pada 2019, pasukan itu diingati sebagai juara tiga kali MPLMY serta tiga kali mewakili Malaysia dalam Kejohanan Dunia MLBB.

Advertisement

"Dengan ini, kesemua pasukan Todak Gaming secara rasminya ditutup," tulis mereka dalam kenyataan itu.

"Ia bukan keputusan yang mudah, namun setiap perjalanan pasti ada noktahnya.

"Selama lapan tahun, Todak dibina melalui usaha, kepercayaan dan komitmen yang tidak pernah berkompromi.

"Kepercayaan daripada pemain, staf, rakan seperjuangan serta anda semua yang setia bersama kami dari hari pertama hingga ke hari ini.

"Setiap detik yang dilalui, di atas pentas mahupun di belakang tabir,
akan sentiasa menjadi sebahagian daripada sejarah Todak Gaming.

"Terima kasih kerana memilih untuk percaya. Terima kasih kerana tidak pernah berhenti menyokong. Tanpa anda, perjalanan ini tidak akan bermakna."

 

Must Watch Video