Skip to main content

Hoki Ais

Penantian 46 tahun berakhir buat skuad hoki ais lelaki Amerika Syarikat!

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

gh

Penantian 46 tahun bagi mengenggam pingat emas temasya Sukan Olimpik Musim Sejuk akhirnya berakhir buat skuad lelaki Amerika Syarikat susulan kejayaan menewaskan Kanada dalam pertembungan dramatik aksi final yang berkesudahan 2-1.

Ini merupakan emas pertama buat skuad hoki ais lelaki Amerika Syarikat sejak 1980 dengan kali terakhir adalah ketika mereka menjadi penganjur di Lake Placid, New York.

Advertisement

Lebih manis — kilauan emas itu digapai selepas perlawanan terpaksa dilanjutkan ke overtime dengan Jack Hughes pastikan sejarah baru tercipta dalam lembaran penyertaan kontinjen Amerika Syarikat di temasya berprestij dunia itu.

 

 

 

 

Kejayaan ini turut mengukir rekod baru apabila ini merupakan kali pertama Team USA acara lelaki mencatat kemenangan emas bagi acara ini di luar daripada negara sendiri.

Amerika Syarikat sah muncul juara keseluruhan acara hoki ais selepas pasukan wanita mereka turut rai kejayaan sama menewaskan Kanada di final dengan aksi turut diheret ke overtime.

Must Watch Video