Dua syarikat minuman China, Dong Peng dan Mengniu, bertindak membatalkan tajaan kepada Kylian Mbappe selain Beijing memberi amaran berikutan jenakanya terhadap bekas pengerusi, Mao Zedong.
Penggempur Perancis itu berjenaka mengenai bekas pemimpin Parti Komunis China (PKC) tersebut ketika bertindak balas terhadap rakaman -- yang mengaitkannya dengan gaya diktaktor -- di laman sosial.
Sebarang jenaka mengenai Mao yang memainkan peranan besar membentuk negara itu sebelum mati pada 1976 dianggap menyentuh sentimen negara berkenaan.
Dalam masa sama, siaran perlawanan LaLiga di negara terbabit juga turut digantung berikutan kontroversi Mbappe itu.