Skip to main content

Bola Sepak

Peminat Portugal sedar perlawanan Croatia jatuh pada tarikh sama kematian Diogo Jota

Peminat Portugal sedar perlawanan Croatia jatuh pada tarikh sama kematian Diogo Jota

Peminat bola sepak Portugal tersentuh selepas menyedari bahawa perlawanan menentang Croatia akan berlangsung pada 3 Julai, tarikh yang sama Diogo Jota kehilangan nyawa bersama adiknya, Andre Silva, dalam sebuah kemalangan kereta pada 3 Julai 2025 di sekitar 62 kilometer dari bandar Zamora, Sepanyol.

Ramai peminat kini berharap skuad Portugal dapat memenangi perlawanan tersebut sebagai penghormatan buat bekas penyerang mereka.

Diogo Jota memberikan segala-galanya untuk Portugal setiap kali memakai jersi negara, tidak kenal erti penat dengan ketajaman menjaringkan gol.

Keserbabokehsn, kecerdikan, dan keupayaan tampil cemerlang pada saat-saat genting menjadikannya aset penting dalam skuad, sama ada bermula sebagai pemain utama atau ganti, Jota sentiasa memberi impak dan memperoleh kepercayaan rakan sepasukan serta jurulatih.

Sepanjang kerjayanya bersama skuad Portugal, Jota mencetak 14 gol dalam 49 perlawanan dan menjuarai UEFA Nations League sebanyak dua kali.

Itu adalah Penampilan terakhirnya bersama Portugal berlaku pada final UEFA Nations League 2025 sebelum tragedi itu berlaku hanya beberapa hari selepas kejayaan tersebut.

Legasi Diogo Jota buat bola sepak Portugal tidak akan dilupakan, baik dari segi bakat mahupun komitmennya di padang.

Bagi peminat, perlawanan menentang Croatia pada 3 Julai kini membawa makna yang lebih mendalam bukan sekadar satu perlawanan, tetapi peluang untuk mengenang seorang pahlawan negara.

 

Anda mungkin berminat dengan

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Must Watch Video