"Masa menunggu anda ialah 3 jam 43 minit" — itulah paparan yang terpaksa ditunggu antara ribuan peminat tegar saingan KL Standard Chartered Marathon yang bakal memasuki edisi ke-18 sejak dijenamakan sebagai KLSCM.
Acara maraton yang paling dinanti seluruh pelari tegar dan pelari 'kultur' seantero Malaysia dan rantau dunia ini mula diserbu ribuan bakal peserta yang tidak sabar untuk menguji kemampuan menakluki cabaran bagi 4 kategori dipertandingkan iaitu 42km, 21km, 10km juga 5km.
Advertisement
Ada yang sanggup menunggu sehingga 4 jam untuk membuat penyertaan, dan ada yang beratur usai tempoh sahur demi 'battle' slot bagi edisi yang bakal berlangsung pada awal oktober nanti.
Keep on hunting, semoga ada kemanisan untuk anda dalam mendapatkan slot dalam acara paling dinanti umum.
Admin dah secure slot untuk larian! So see you di starting line!