Skip to main content

Bola Sepak

Pemenang Ballon d'Or tiga kali akur patah tulang fibula ketika jalani latihan di Madrid

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

bonmati

Pemain kebangsaan Sepanyol dan Barcelona, Aitana Bonmati, terpaksa akur perlu berehat panjang selepas mengalami kecederaan patah tulang fibula pada kaki kirinya semalam.

Pemain berusia 27 tahun itu dilaporkan terjatuh semasa sesi latihan pasukan di Madrid semalam ketika dalam persiapan menjelang pentas akhir kedua Liga Negara-Negara UEFA Wanita 2025 berdepan Jerman esok.

Advertisement

 

 

 

Menerusi kenyataan daripada Persekutuan Bola Sepak Sepanyol (RFEF): Berikut adalah ujian yang dijalankan oleh perkhidmatan perubatan", Bonmati "didiagnosis dengan patah tulang pada fibula kirinya." katanya.

Bonmati muncul pemain wanita pertama memenangi Ballon D'oR tiga tahun berturut-turut selain merangkul treble Bersama Barcelona dan dinobatkan pemain terbaik Liga Juara-Juara Wanita oleh Kesatuan Persatuan Bola Sepak Eropah sebelum ini.

Must Watch Video