Skip to main content

Bola Sepak

Pembedahan patah tulang pipi Luka Modric berjalan lancar

mod

Pemain tengah AC Milan, Luka Modric, telah berjaya menjalani pembedahan selepas patah tulang pipi kiranya menurut Persekutuan Bola Sepak Croatia untuk Modric kembali perkuat negaranya itu di kempen Piala Dunia.

Modric mengalami kecederaan selepas pertembungan kepala dengan pemain tengah Juventus, Manuel Locatelli, selepas perlawanan itu berakhir dengan keputusan tanpa jaringan di San Siro.

Advertisement

Walaupun jelas terpapar kesakitan di wajahnya, Modric tetap kekal di bangku simpanan sehingga tamat perlawanan tanpa sebarang rawatan lanjut.
 

 

 

Persekutuan Croatia berkata pengurusan tetap berhubung dengan Modric dan kelabnya untuk mengetahui perkembangan semasa ke semasa.

Ketua jurulatih Croatia, Zlatko Dalic turut berharap kapten pasukannya itu segera pulih dan kembali perkuat negara itu.

"Saya yakin Luka akan akan melakukan segala-galanya untuk pulih dan bersedia menghadapi Piala Dunia, kami akan memberikan sokongan penuh.

Modric dijangka akan memakai topeng muka bagi aksi tertentu untuk sesi pemulihannya sebelum ke Piala Dunia 2026.

 

 

 

 


 

Must Watch Video