Skip to main content

Bola Sepak

Pemalsuan dokumen: Tujuh pemain 'warisan' kini tiada nilai pasaran

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

7 pemain warisan

Tujuh pemain warisan Malaysia yang terlibat dengan kes pemalsuan dokumen kini tiada nilai pasaran.

Tinjauan di laman transfermarkt.com mendapati kesemua mereka, iaitu Rodrigo Holgado, Facundo Garces, Imanol Machuca, Hector Hevel, Jon Irazabal, Gabriel Palmero dan Joao Figuereido, tiada lagi nilai pasaran berikutan penggantungan 12 bulan yang dikenakan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

Advertisement

Machuca pada satu ketika pernah bernilai €3 juta (RM14.30 juta) manakala Fugeuiredo €2.1juta (RM10 juta) dan Garces pula €2 juta (RM9.5 juta).

Bagaimanapun, kesemua pemain terlibat sedang menjalani penggantuan sejak September lalu gara-gara skandal pemalsuan dokumen, sekali gus menyaksikan nilai pasaran mereka jatuh merudum.

Persatuan Bolasepak Malaysia ketika ini sedang membawa kes berkenaan ke peringkat Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS).

 

Must Watch Video