Skip to main content

Bola Sepak

Pemalsuan dokumen: "Kalau Setiausaha Agung tak salah, siapa salah?"

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Azzuddin

Bekas Seiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Seri Azzuddin Ahmad, berpendapat kenyataan yang dikeluarkan badan induk itu semalam menimbulkan pelbagai persoalan.

FAM dalam kenyataannya menamatkan penggantungan Setiausaha Agung, Datuk Noor Azman Rahman, berkuat kuasa serta merta.

Advertisement

Ini kerana, berdasarkan mesyuarat yang diadakan badan induk itu, Noor Azman didapati hanya terkait dalam kecuaian pentadbiran dan tidak bersalah atau terlibat dalam hal pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan, yang kini sedang digantung 12 bulan oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

Azzuddin mempersoalkan bagaimana seorang Setiausaha Agung dibebaskan daripada pertuduhan itu sedangkan siasatan masih lagi berlangsung.

Tambahnya, jawatan Setiausaha Agung merupakan tunjang utama urus tadbir sesebuah persatuan, terutama daripada aspek dokumentasi.

"Semalam saya ada terbaca yang dia (Noor Azman) didapati tidak bersalah oleh Jawatankuasa Tatatertib," katanya dalam satu wawancara bersama wartawan Astro Arena, Husna Zainudin.

"Bagi saya perkara ini amat lucu. Ini menunjukkan pihak pengurusan FAM tidak tegas atau tidak tahu hala tuju, prosedur dan tatakelola sesuatu persatuan.

"Jadi, boleh dikatakan FAM kini menjadi bahan jenaka. Sebagai seorang mantan, saya tahu individu yang paling penting dalam sesuatu persatuan ialah Setiausaha Agung.

"Segala urus tadbir merupakan peranan Setiausaha Agung dan disebabkan itu saya terperanjat yang Datuk Noor Azman tidak diambil tindakan dan diputuskan tidak melakukan kesalahan.

"Jadi, siapa yang menghantar dokumen kepada FIFA? Ia melucukan kerana dalam sebarang perhubungan antara persatuan, individu utama yang terlibat ialah Setiausaha Agung.

"FIFA tidak akan menerima sebarang surat-menyurat tanpa melalui Setiausaha Agung, itu perkara asas."

 

Must Watch Video