Skip to main content

Bola Sepak

Pemalsuan dokumen 7 bintang warisan: Polis buka siasatan Seksyen 468 Kanun Keseksaan, 2 keterangan sudah diambil

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Polis

Pihak polis sudah menggerakkan kerja menjalankan siasatan berkenaan skandal pemalsuan dokumen membabitkan tujuh warisan Harimau Malaya yang digantung oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hadir ke Ibu Pejabat Balai Polis daerah Petaling Jaya bagi mengemukakan laporan polis terhadap isu tersebut usai saranan daripada Jawatankuasa Siasatan Bebas (IIC), baru-baru ini.

Advertisement

Menurut akhbar tempatan, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 468 Kanun Keseksaan (pemalsuan) untuk tindakan lanjut berhubung perkara berkenaan.

Dan, setakat siasatan berjalan, dua keterangan sudah diambil, namun tidak didedahkan siapa.

Dalam masa sama, orang ramai tidak sabar menantikan keputusan penuh Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) tentang nasib bola sepak negara.

Terdahulu, FIFA menjatuhkan satu lagi hukuman berkaitan penarikan mata ranking dan kemenangan dalam tiga perlawanan persahabatan sebelum ini.

Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) pula akan menunggu penghakiman penuh daripada CAS untuk menentukan hala tuju skuad kendalian Peter Cklamovski dalam kempen Kelayakan Piala Asia 2027 menentang Vietnam dan Nepal sebelum ini. 

Must Watch Video