Pasukan Western Sydney Wanderers menyeru agar sokongan diberikan kepada Allyssa Ng Saad yang dilaporkan mempunyai pertalian darah Malaysia.
Dalam satu posting kelab itu di laman X berkongsikan: "Malaysia! Datanglah sokong Alyssa Ng Saad pada hujung minggu ini!" katanya.
Advertisement
Malaysia! Come support Alyssa Ng Saad this weekend! 🇲🇾
🎟️ Get tickets to Multicultural Round. Use code WSWMR for 20% off!https://t.co/KaTQkelaaX#WSW pic.twitter.com/TUZ2HZWpdK— WS Wander Women (@WSWanderWomen) February 12, 2026
Penyerang berusia 17 tahun itu berpangkalan di Australia dan sudah merekodkan dua gol sejak bersama skuad Western Sydney dalam kempen Liga Wanita Australia.
Sekiranya dakwaan itu benar, kehadiran Allyssa semestinya menambah pilihan buat skuad Malayan Tigress sekali gus menambah kekuatan buat kem negara dibawah kendalian Joel Cornelli.