Skip to main content

Bola Sepak

Pemain warisan negara kembali jaringkan gol selepas 6 bulan

Chin

Kemenangan 3-0 Raith Rovers dibantu dengan jaringan Richard Chin untuk menewaskan Ayr United dalam perlawanan Kejuaaran Scotland di tempat sendiri malam tadi.

Untuk rekod, ini merupakan gol pertamanya sejak September lalu, sekali gus menamatkan kemarau jaringan selama enam bulan diikuti dengan siri kecederaan sebelum ini.

Advertisement

Pemain kelahiran London, England itu membuktikan kewibawaannya selepas masuk selaku pemain gantian pada minit ke-61 untuk mencipta impak segera lima minit kemudian dengan larian bertenaga sebelum memecahkan kebuntuan menyumbat jaringan ketiga pasukan.

Kini, tonggak berusia 23 tahun itu sedang membina semula keyakinan di tahap tertinggi untuk terus beraksi dengan lebih sempurna dan berdaya saing.

Rovers sekarang menduduki tangga kelima selepas 31 aksi dan terus memberi asakan terhadap kelab terdekat. 

Must Watch Video