Negeri Sembilan memperkuat pasukan apabila menandatangani tiga pemain baru menjelang pusingan kedua Liga Super yang akan berlangsung minggu ini.
Dengan jendela perpindahan kedua Liga Malaysia (Liga-M) bermula 5 Januari ini, skuad Jang tidak melepaskan peluang untuk menambah kekuatan menghadapi baki saingan, termasuk menuju aksi Piala Malaysia yang baru diundi minggu lalu.
Advertisement
Hobin Jang Hobin mengumumkan kehadiran pemain kacukan Malaysia–England–Gambia, Anuar Ceesay, sebagai pilihan baru buat ketua jurulatih, Nidzam Jamil.
Sebelum ini, nama pemain berusia 23 tahun itu menjadi perhatian selepas berjaya menjaringkan gol bertemu Johor Darul Ta'zim (JDT) ketika mewakili kelab Liga A1 Semi-Pro, Universiti Malaya (UM)-Damansara United, tahun lalu.
ANUAR CEESAY IS A JANG 🇲🇾🏴🇬🇲
Negeri Sembilan FC dengan bangganya mengumumkan kemasukan Anuar Ceesay ke dalam skuad #TheJangs. Pemain sayap berusia 23 tahun ini dilahirkan di Cardiff & merupakan pemain kacukan Malaysia–England–Gambia yang menyertai NSFC dari UM-Damansara United. pic.twitter.com/oTb2TPrfrE— Negeri Sembilan Football Club (@nsfc1923) January 5, 2026
Namun menurut kenyataan kelab, Anuar masih berstatus pemain import dan pihak kelab turut mempertimbangkan perancangan berbeza bagi baki musim ini agar Anuar boleh mendapatkan lebih banyak minit permainan menjelang musim baharu kelak.
NSFC dalam masa sama juga berhasil membawa masuk seorang lagi pemain dari Jepun iaitu Kei Oshiro selepas Takumi Sasaki dan Mio Tsuneyasu.
Tidak dilupakan, bintang Palestin, Oday Kharoub, turut sah diumumkan sebagai jenerah tengah baru Negeri Sembilan.
