Terengganu menepati ramalan meraih tiga mata penuh dalam perlawanan pembukaan minggu pertama Liga Super 2026/27 susulan menewaskan Melaka 3-0 di di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, malam tadi.
Dua gol daripada pemain Piala Dunia 2026, Gervane Kastaneer, menjadi tunjang utama tuan rumah mencipta kemenangan pertama, sebelum bekas bintang Kuala Lumpur (KL) City, Victor Ruiz, turut mencatatkan nama selaku penjaring.
Kepulangan bekas jurulatih skuad bawah 23 kebangsaan (B-23), Nafuzi Zain, disambut meriah dengan kehadiran 6,550 orang memenuhi stadium menyaksikan skuad Penyu dalam aksi pertama.
SOROTAN PERLAWANAN | UNIFI LIGA SUPER 2026–2027 | LS1
Terengganu FC raih 3 mata penuh menewaskan Melaka FC menerusi Gervane Kastaneer dan Victor Ruiz.https://t.co/K862tcchTJ#UnifiLigaSuper2026-27 #LigaMalaysia #DemiLigaKita— Malaysian Football League (@MFL_MY) August 22, 2026