Skip to main content

Bola Sepak

Pemain keluar daripada pasukan negara selagi jurulatih itu masih ada

SOCCER-MOROCCO-AMRABAT:Soccer-Amrabat quits Morocco ahead of Africa Cup of Nations qualifiers

Pemain tengah Maghribi, Sofyan Amrabat, telah membuat keputusan untuk keluar daripada pasukan kebangsaan menjelang Kelayakan Piala Negara-negara Afrika (AFCON) 2027 bulan in.

Sebab utama Amrabat mengatakan bahawa dia tidak akan bermain di bawah kendalian jurulatih semasa, Mohamed Ouahbi, namun tidak mendedahkan sebab utama keputusan itu dibuat.

Kemunculan pemain tengah Manchester City, Ayyoub Bouaddi. telah mengehadkan masa permainannya.

"Ini merupakan keputusan yang sangat sukar, tetapi saya rasa tidak dapat terus mewakili pasukan kebangsaan di bawah ketua jurulatih semasa.

"Oleh itu, saya membuat keputusan untuk menolak selagi dia masih memegang jawatan itu.

"Atas hormat kepada pasukan kebangsaan dan semua orang yang terlibat, saya lebih suka merahsiakan sebab-sebab di sebalik keputusan ini.

"Saya ingin menjelaskan bahawa saya belum bersara daripada bola sepak antarabangsa, dan saya tidak akan menutup pintu untuk mewakili Maghribi lagi," kata bekas bintang Manchester United itu.

Amrabat yang dilahirkan di Belanda, baru-baru ini menandatangani kontrak dengan Ajax Amsterdam, merupakan watak penting negara ranking keenam dunia itu yang mara ke separuh akhir Piala Dunia 2022 di bawah bekas jurulatih, Walid Regragui.

Maghribi akan menjadi tuan rumah kepada Gabon dalam perlawanan kelayakan Kumpulan A pertama mereka pada 25 September, sebelum perlawanan menentang Afrika Selatan yang berkecuali untuk menentang Lesotho di Bloemfontein empat hari kemudian.

Anda mungkin berminat dengan

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Must Watch Video

Advertisement