Pemain kelahiran Jepun, Taisei Marukawa, mencuri tumpuan apabila menerima panggilan ke kem latihan pusat pertamanya bersama skuad kebangsaan Indonesia di Bali menjelang perlawanan persahabatan.
Proses naturalisasi perancang tengah Dewa United itu difahamkan hanya menunggu waktu untuk selesai selepas melengkapkan tempoh lima tahun beraksi di Indonesia sejak 2021.
🇮🇩🇯🇵 JAPANESE-BORN TAISEI MARUKAWA CALLED UP TO INDONESIA NATIONAL TEAM TRAINING CAMP! Japanese midfielder Taisei Marukawa (29) has been invited to join Indonesia's senior national team for their November training camp in Bali! https://t.co/PGm9xz63Q1
— ASEAN FOOTBALL (@theaseanball) November 9, 2026
Terdahulu, dia pernah beraksi bersama pasukan Persebaya Surabaya dan PSIS Semarang.
Kehadiran Marukawa semestinya bakal menambah pilihan buat John Herdman di bahagian tengah dan sekiranya proses naturalisasi selesai dalam masa terdekat, khidmatnya bakal menjadi pilihan untuk dibawa ke Piala Asia 2027 nanti.