Cerita kebangkitan Syahmi Safari.
Pertahanan Harimau Malaya itu kembali menjaringkan gol bersama Johor Darul Ta'zim (JDT) selepas 682 hari!
Advertisement
Ia, selepas tampanannya berjaya menewaskan penjaga gol Kuala Lumpur (KL) City, Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy, sekali gus membantu JDT mara ke final Piala Malaysia di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) semalam.
Tahukah anda? Kali terakhir bekas pemain Selangor itu menjaringkan gol pada 2024 menentang lawan sama iaitu KL City di Cheras.
Sebelum ini, Syahmi terpalit dengan kecederaan anterior cruciate ligament (ACL) sehingga memaksa dirinya berehat selama 414 hari bagi menjalani proses pemulihan.
Penampilan pertamanya selepas itu mewakili JDT II dalam saingan Liga A1 Semi-Pro sebelum kembali mewarnai skuad utama Harimau Selatan tahun ini.
Tonggak berusia 28 tahun itu mencipta sejarah tersendiri apabila kembali dipanggil pasukan kebangsaan pada aksi terakhir Kelayakan Piala Asia baru-baru ini.
Kali terakhir Syahmi menyertai kem Harimau Malaya adalah pada 2024 sewaktu kempen Piala Asia 2023 di bawah bimbingan Kim Pan-gon.