Bintang Switzerland, Breel Embolo, terpaksa diketepikan dalam pasukan kebangsaan selepas didapati mengemukakan sijil ujian Covid-19 palsu sewatu penularan wabak tersebut beberapa tahun sebelum ini.
Kini, negara ranking ke-14 Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) itu kehilangan dua tonggak termasuk bekas pemain Arsenal, Granit Xhaka, yang turut berbuat demikian kerana didakwa mengelak daripada menerima vaksinasi mandatori.
Xhaka mengakui kesalahannya selepas memuat naik kenyataan di media sosialnya baru-baru ini.
🚨Breel Embolo has admitted to using fake Covid 19 test certificates, similar to his teammate Granit Xhaka
Both players are currently absent from Switzerland’s Nations League squad pic.twitter.com/441qGqvmPm— Polymarket Sports (@PolymarketSport) September 25, 2026
Sementara Embolo difahamkan menerima dengan hati terbuka dan bertanggungjawab atas tindakannya itu.
Switzerland akan bertemu Macedonia Utara awal pagi ini dan Scotland pada Rabu dalam perlawanan Kumpulan E Liga Negara-Negara Eropah (UNL).