Skip to main content

Bola Sepak

Pemain bola sepak maut dipercayai disambar petir

Pemain bola sepak maut dipercayai disambar petir

Seorang pemain bola sepak maut dipercayai disambar petir, manakala seorang pengadil cedera ketika perlawanan persahabatan di Padang Kompleks Rakan Muda Lendu, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.40 petang itu, mangsa, R Thanesh, 28, disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Unit Kecemasan Hospital Alor Gajah.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Ahmad Abu Bakar berkata, pihaknya menerima maklumat daripada Hospital Alor Gajah pada jam 8.50 malam berhubung seorang lelaki yang dibawa ke hospital dalam keadaan tidak sedarkan diri selepas dipercayai disambar petir.

Siasatan awal mendapati mangsa menyertai perlawanan persahabatan membabitkan Rembau Indian Veteran FC dan Tanjung Minyak FC yang bermula kira-kira jam 5.30 petang.

“Kira-kira 10 minit selepas sepak mula, hujan renyai-renyai sebelum kedengaran satu dentuman guruh yang mana rakan mangsa kemudian melihat mangsa bersama dua individu lain rebah di atas padang selepas kejadian itu berlaku.

“Mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Alor Gajah menggunakan kenderaan awam dalam keadaan tidak sedarkan diri, manakala pengadil perlawanan dihantar ke hospital dengan ambulans untuk menerima rawatan,” katanya ketika dihubungi.

Menurut Ahmad, seorang lagi individu yang turut terjejas dalam kejadian itu dilaporkan berada dalam keadaan baik dan tidak mendapatkan rawatan di hospital.

Beliau berkata, pemeriksaan awal yang dijalankan terhadap tubuh mangsa tidak menemukan sebarang unsur jenayah.

“Bagaimanapun, terdapat kesan terbakar pada jari kaki hingga ke paras paha kiri mangsa.

“Mangsa turut mengalami kesan melecur pada bahagian bawah kiri perut, selain terdapat kesan kehitaman pada bahagian belakang badan sehingga ke paras punggung serta pendarahan pada telinga kanan,” tambahnya.

Ahmad berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Melaka untuk menjalani bedah siasat yang dijadualkan dijalankan pagi ini bagi mengenal pasti punca sebenar kematian.

“Polis telah membuka kertas siasatan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR),” katanya.-Awani

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Germany 26 Home Pre Match Jersey Men Black JZ4577

adidas Football Germany 26 Home Pre Match Jersey Men Black JZ4577

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

Related Topics

Must Watch Video