Skip to main content

Permotoran

Pelumba maut: Upacara podium dibatalkan serta merta, reaksi penuh menyayat hati

Putra

“Kali terakhir saya jumpa dia -- jarang saya lihat dia solat pakai kopiah, saya jadi saksi terakhir dia solat zohor.

Itu perkongsian rakan Allahyarham yang juga pelumba Sprinta Yamaha Maju, Nazirul Izzat, mengenai pemergian Farres Putra Mohd Fadhil yang menghembuskan nafas terakhir disebabkan insiden pelanggaran kategori CP150 ketika perlumbaan Kejuaraan MAM Cub Prix 2026 di Litar Permotoran Gong Badak semalam.

"Saya mengenalinya sejak FIM MiniGP dan kami sering ke Asia bersama.

"Saya tak sangka perkara ini berlaku. Saya tidak tahu ini yang terakhir.

"Saya jadi saksi terakhir dia mendirikan solat. Semoga tenang di sana," katanya ketika ditemui oleh wartawan Astro Arena, Faizal Bazari, di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu, malam tadi.

Selain Nazirul, rata-rata pelumba lain turut meluahkan rasa duka cita atas pemergian Allahyarham sebagai suatu yang sukar untuk diterima.

Dalam perkembangan sama, tiada majlis penyampaian hadiah berlangsung dan perlumbaan Pro-Am yang sepatutnya mengambil bahagian selepas acara CP150 juga dibatalkan sebagai tanda penghormatan kepada Allahyarham.
 

Anda mungkin berminat dengan

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Must Watch Video

Advertisement