Berita baru diterima apabila tragedi ngeri menyelubungi Litar Permotoran Gong Badak, Terengganu melibatkan seorang pelumba CP150, Farres Putra Mohd Fadhil, yang menghembuskan nafas terakhir ekoran mengalami kemalangan petang tadi.
Wartawan Astro Arena, Faizal Bazari, bersama jurukamera, Hurzaid Rosli, yang berada di lokasi, Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu, memantau perkembangan terkini situasi semasa apabila orang ramai mula membanjiri perkarangan menanti laporan seterusnya.
Terkini, menerusi ciapan Faizal -- semua menunggu laporan bedah siasat punca kematian Allahyarham.
🚨Situasi semasa di hospital menanti post mortem arwah Farres Putra.ðŸ˜@ASTROARENA pic.twitter.com/Ea3tZi27tp
— Faizal Bazari (@faizalbazario) August 29, 2026