Dunia sukan permotoran negara dikejutkan dengan berita pemergian pelumba muda meningkat naik, Farres Putra Mohd Fadhil, yang meninggal dunia selepas terlibat dalam pelanggaran ketika perlumbaan CP150 Kejuaraan MAM Cub Prix 2026 petang tadi.
Persatuan Sukan Permotoran Malaysia (MAM) merakamkan ucapan takziah kepada keluarga, insan tersayang, pasukan CKJ Racing serta seluruh komuniti sukan permotoran negara atas pemergian Allahyarham.
Allahyarham dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu, selepas menerima rawatan kecemasan di Litar Permotoran Gong Badak sejurus pelanggaran berlaku.
Pelumba berusia 18 tahun itu kemudiannya disahkan meninggal dunia meskipun pasukan perubatan berusaha sedaya upaya menyelamatkannya.
Ayahnya redha dengan pemergian Allahyarham selain menyifatkan ia perkara pahit yang harus ditelan.
"Kami terkejut dan reda.
🚨Situasi semasa di hospital menanti post mortem arwah Farres Putra.ðŸ˜@ASTROARENA pic.twitter.com/Ea3tZi27tp
— Faizal Bazari (@faizalbazario) August 29, 2026
"Jika diikutkan, ia normal dalam perlumbaan kerana bermain dengan kelajuan.
"Dia sangat meminati sukan ini, jadi kami faham.
"Kami reda dan merindui kerana dia terlalu baik.
"Seorang anak yang banyak membantu keluarga," kata bapanya, Mohd Fadhil Othman.