Skip to main content

Sukan

Pelumba Cub Prix mantapkan persediaan di gelanggang muay thai

sss

Dari litar lumba ke gelanggang muay thai.

Juara Cub Prix 2017, Kasma Daniel Kasmayudin berharap pendekatan latihan berbeza mampu membantunya memburu kejuaraan musim ini.

Kasma Daniel yang kini menghuni tangga kedua keseluruhan kategori CP150 mengakui latihan ketahanan, termasuk aktiviti muay thai dapat membantu meningkatkan kekuatan, kemahiran teknikal serta keyakinan menjelang pusingan seterusnya.

Pelumba Petronas Sprinta Yamaha Maju Motor itu masih belum merekodkan sebarang kemenangan dalam tiga pusingan terdahulu dan kini menyertai kem latihan pelumba Yamaha 2.0 di samping lapan pelumba kategori CP150 yang lain sebagai persediaan menghadapi pusingan keempat Kejuaraan Cub Prix di Stadium Negeri Pulau Pinang, minggu ini.

"Latihan ini sebagai persiapan menajamkan fikiran kami dalam menentukan waktu terbaik untuk memintas dan perlu bersabar.

"Walaupun agak keras daripada segi fizikal serta mental, tetapi ia sangat membantu saya (untuk membuat keputusan) ketika di atas motosikal," katanya.

Turut menyertai kem yang diadakan di Denai Alam hari ini ialah Ahmad Afif Amran, Nazirul Izzat termasuk juara CP150 pusingan ketiga di Dataran Seri Jempol, Jun lalu, Farres Putra Fadhil.

"Peraturan tahun ini agak sukar buat semua pelumba. Jadi kami perlu buat persiapan fizikal.

"Saya tidak tetapkan sasaran tertentu tapi saya mengharapkan persembahan terbaik seperti di Jempol.

"Pasukan telah bekerja keras jadi adalah menjadi tugas saya untuk kekal fokus dan positif menjelang perlumbaan di Batu Kawan," kata Farres Putra.

Anda mungkin berminat dengan

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Related Topics

Must Watch Video