Kimi Antonelli terus mencuri tumpuan apabila pemandu remaja Mercedes AMG Petronas itu, melakar kemenangan bersejarah dalam perlumbaan Formula 1 (F1) Grand Prix (GP) Miami.
Pelumba Itali berusia 19 tahun itu muncul pemandu pertama dalam sejarah F1 memenangi tiga perlumbaan berturut-turut menerusi tiga petak utama pertama kariernya, selepas turut menjuarai perlumbaan di GP China dan Jepun.
Advertisement
Antonelli mempamerkan aksi penuh meyakinkan dan agresif apabila menewaskan juara dunia dari McLaren, Lando Norris, dalam perlumbaan dramatik di Autodrome Antarabangsa Miami.
Dia sedikit bergelut mencari rentak pada awal perlumbaan, Antonelli segera manfaat strategi hentian pit lebih awal untuk memintas Norris sebelum pertahan kedudukan sehingga garisan penamat.
Antonelli tamatkan saingan 3.264 saat (s) di depan Lando Norris, sementara Oscar Piastri ketiga, melengkapkan podium.