Bintang dalam pembikinan, Shahadzryl Suhaime, mencetak kemenangan berganda di peringkat separuh akhir Piala Lee Chong Wei 2026.
Dia mara ke final acara perseorangan selepas menundukkan wakil Johor, Nuqman Al Iman, 15-4 15-7 ketika perseorangan lelaki B-13.
Langkah itu diteruskan bersama gandingannya Gan Giap Han menewaskan beregu Selangor, Chia Zhi Dong-Rehhan Preman, dalam aksi tiga set 15-8, 7-15, 15-9 untuk melangkah ke pentas final beregu lelaki.
Kedua-duanya turut berhasrat melakar sejarah di pentas akhir sambil menaruh harapan dilamar Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sebaik tamat kejohanan ini.
"Kami bermain dengan baik dalam aksi separuh akhir.
"Saya harap kami rebutan gelaran untuk mencerahkan peluang kami ke BAM," kata Shahadzryl.
Tambah Giap Han: "Saya seronok bergandingan dengannya kerana berkemampuan membuka peluang untuk saya menyerang.
"Kami bermain bagus dalam set pertama tapi salah pendekatan dalam set kedua sebelum mempamerkan kebangkitan.
"Saya juga ingin ke BAM."